Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK)

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (TSK)

Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) merupakan satu tanggungjawab dan komitmen bagi golongan korporat dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui aktiviti perniagaannya dan sumbangan yang dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dengan melaksanakan nilai-nilai (TSK) oleh sesebuah perniagaan, ianya mampu meningkatkan imej sesebuah perniagaan tersebut serta dapat meningkatkan perkhidmatan dan prestasi mereka.
Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK)  menjadi harapan pihak kerajaan dan juga masyarakat kerana badan–badan korporat juga memainkan peranan dalam pembangunan kesejahteraan hidup masyarakat. Justeru, Radzi & Co juga berhasrat dapat membantu dalam  melaksanakan konsep ini dengan usahasama Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum dan sokongan kepada pihak masyarakat amnya.

Objektif utama Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) di bawah kendalian Radzi & Co, ialah membantu masyarakat yang memerlukan sama ada dari segi kewangan, tenaga, kepakaran mahupun kemahiran. Semoga perhubungan yang baik dapat dibina di antara warga Radzi & Co dengan masyarakat. Insyaallah.


OBJEKTIF-OBJEKTIF TSK
Kumpulan TSK berpegang teguh kepada empat objektif iaitu:-

  1. Membantu masyarakat yang memerlukan dalam bentuk:
v  Memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihak SRII Tahfiz Darul Ulum.
v  Menggalakkan pelajar-pelajar lepasan SRII Tahfiz Darul Ulum supaya minat bekerja dan berdikari;

2.  Memakmurkan masyarakat.
v  Mewujudkan masyarakat yang saling bantu-membantu.
v  Memberi sokongan dalam bentuk kemahiran, pendidikan dan teknikal berdasarkan kepakaran syarikat dalam konsep TSK ini.
v  Mewujudkan kerjasama yang erat dan  berganding bahu dalam memastikan objektif SRII  TAHFIZ DARUL ULUM tercapai.


 Program TSK ini merupakan langkah permulaan dalam usaha untuk memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Melalui program ini, kami merasakan hati kami dekat dengan masyarakat serta membuatkan kami terus maju dan bersungguh untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat di samping cuba mencapai matlamat korporat kami.

Dalam jangka masa panjang, Kumpulan TSK akan terus menyokong amalan kebajikan sebanyak mungkin. Harapan kami agar program ini dapat menceriakan golongan yang memerlukan dengan memeberi bantuan yang sedia ada. Sekiranya usaha murni ini mendapat sambutan yang menggalakkan, maka tidak mustahil kami akan meneruskan program-program seumpama ini di masa akan datang.

Usaha berterusan diambil untuk membolehkan Kumpulan TSK memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial dengan matlamat untuk menambah nilai di dalam komuniti di mana ia beroperasi dan membantu memakmurkan masyarakat pada umumnya.