Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) merupakan
satu tanggungjawab dan komitmen bagi golongan korporat dalam meningkatkan
kesejahteraan komuniti melalui aktiviti perniagaannya dan sumbangan yang dapat
diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dengan melaksanakan nilai-nilai (TSK)
oleh sesebuah perniagaan, ianya mampu meningkatkan imej sesebuah perniagaan
tersebut serta dapat meningkatkan perkhidmatan dan prestasi mereka.
Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) menjadi harapan pihak kerajaan dan juga
masyarakat kerana badan–badan korporat juga memainkan peranan dalam pembangunan
kesejahteraan hidup masyarakat. Justeru, Radzi & Co juga berhasrat dapat
membantu dalam melaksanakan konsep ini
dengan usahasama Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum dan sokongan
kepada pihak masyarakat amnya.
Objektif utama Tanggungjawab Sosial Korporat
(TSK) di bawah kendalian Radzi & Co, ialah membantu masyarakat yang
memerlukan sama ada dari segi kewangan, tenaga, kepakaran mahupun kemahiran.
Semoga perhubungan yang baik dapat dibina di antara warga Radzi & Co dengan
masyarakat. Insyaallah.
OBJEKTIF-OBJEKTIF TSK
Kumpulan TSK berpegang teguh kepada empat objektif iaitu:-
- Membantu masyarakat yang memerlukan
dalam bentuk:
v Memberikan
sumbangan berbentuk kewangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihak
SRII Tahfiz Darul Ulum.
v Menggalakkan
pelajar-pelajar lepasan SRII Tahfiz Darul Ulum supaya minat bekerja dan
berdikari;
2. Memakmurkan masyarakat.
v Mewujudkan
masyarakat yang saling bantu-membantu.
v Memberi
sokongan dalam bentuk kemahiran, pendidikan dan teknikal berdasarkan kepakaran
syarikat dalam konsep TSK ini.
v Mewujudkan
kerjasama yang erat dan berganding bahu
dalam memastikan objektif SRII TAHFIZ
DARUL ULUM tercapai.
Program TSK ini merupakan langkah
permulaan dalam usaha untuk memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang
memerlukan. Melalui program ini, kami merasakan hati kami dekat dengan
masyarakat serta membuatkan kami terus maju dan bersungguh untuk menjadi
sebahagian daripada masyarakat di samping cuba mencapai matlamat korporat kami.
Dalam jangka masa panjang, Kumpulan
TSK akan terus menyokong amalan kebajikan sebanyak mungkin. Harapan kami agar program
ini dapat menceriakan golongan yang memerlukan dengan memeberi bantuan yang
sedia ada. Sekiranya usaha murni ini mendapat sambutan yang menggalakkan, maka
tidak mustahil kami akan meneruskan program-program seumpama ini di masa akan
datang.
Usaha
berterusan diambil untuk membolehkan Kumpulan TSK memainkan peranannya sebagai
warga korporat yang bertanggungjawab sosial dengan matlamat untuk menambah
nilai di dalam komuniti di mana ia beroperasi dan membantu memakmurkan
masyarakat pada umumnya.